ArienaCrochet
http://www.facebook.com/Noorsyazrina

Isnin, 9 Ogos 2010

Hiasan Rumah Ala Inggeris Style - | Zana Tokei Jam |




Sekali menjejakkan kaki ke kediaman ini, anda bagai berada di Negara Asing, Tatkala rumah yang 100% dihiasi berkonsepkan gaya Inggeris. Bagi suri rumah, Zana , kediaman sewa di Simpang Pulai, Ipoh, Perak yang dimiliki bersama suaminya, Syed Mazran pada harga RM300 sebulan, perlu diserikan sebaik mungkin. Apatah lagi keinginan itu didorong nalurinya yang cenderung melakukan kerja-kerja mereka hias kediaman. Baik langsir, sarung kusyen, alas meja hinggalah kepada ornamen di meja, diakui Zana mendapat sentuhan kreatifnya bersama suaminya Syed Mazran.

“Dulu saya pernah menghias rumah ini dengan konsepkan Ala Italy. Lama-kelamaan terasa tidak selesa kerana ton warnanya yang gelap dan agak serabut. Maka, saya akhirnya memilih untuk menerapkan konsep hiasan dalaman ala Inggeris. Ia lebih ceria dan nampak segar,” ujar Zana yang mengambil inspirasi daripada pembacaan majalah hiasan dalaman dan idea kreatif suaminya sendiri.

“Tip penjagaan utama adalah penghuni kediaman perlu membersihkannya setiap hari. Jangan tunggu lama tanpa dibersihkan kerana kekotoran yang terkumpul menambahkan kesulitan mengemas,” katanya yang secara tidak langsung menganggap semua kerja membersih itu suatu riadah di rumahnya.

Apabila kita memandangnya, dah tentu kita dapat bayangkan betapa kreatifnya pasangan ini. Sejuk mata memandang tatkala kita pulang keletihan sewaktu seharian berkerja. Jadi marilah sama - sama kita mengubah gaya hidup dan hiasan rumah ala inggeris. Akhir kata, penulis amat berbangga mempunyai hubungan keakraban dengan tuan rumah. Semoga dengan terpaparnya ruangan khas buat wanita ini, menyakinkan lagi perhubungan antara kami berdua.


Sekian,
Ariena Crochet
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...





MY VIDEO OF THE YEAR