ArienaCrochet
http://www.facebook.com/Noorsyazrina

Selasa, 25 Januari 2011

The Best Of The Blog

http://htxt.it/FsGW

BLOG TERCANTIK PILIHAN KAMI ADALAH BLOG KASIHNYA LAILA. BLOG INI MEMPUNYAI SUSUN ATUR YANG RINGKAS DAN MENARIK PERHATIAN PEMBACA. BLOG INI DIPILIH MENGIKUT KATERIA-KATERIA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH BLOGGERS MALAYSIA. BLOG INI SANGAT MENARIK KERANA TIDAK PERLU MENUNGGU LAMA UNTUK UPLOADING, MEMPUNYAI JALAN CERITA DAN GAMBAR YANG MENARIK SERTA SANGAT KREATIF. TAHNIAH BUAT PEMENANG BLOG TAHUN INI. TAHNIAH..

Selasa, 11 Januari 2011

|Hasil Kait Ariena - | Hat | Topi Cute Buat Sekecil |

Dibawah ini menunjukkan seni kait ariena moden iaitu Topi Cute atau lebih dikenali sebagai Hat Buggs. Bagi mereka yang meminati hasil kait moden inilah peluang untuk memiliki topi ini kerana ia amat menarik buat sekecil memakainya. Lihatlah hasilnya yang begitu kreatif. Topi ini yang sungguh cantik dan menarik. Cepat selagi stok masih ada...









Harga : RM 45 Shj
KINI HANYA RM 30 SHJ
| Promosi Sah Sehingga Febuari 2011 |

* Harga tertakluk kepada saiz dan pilihan warna dan corak pada Topi tersebut. Serta Khidmat Pos Laju atau Kurier (Curier). Cas Tambahan akan dikenakan untuk penghantaran jarak jauh.

Pejabat Urusan
ARIENA CROCHET DESIGNER SDN BHD
No. 54, Dataran Perpaduan Selatan 2, Taman Saga, 31150 Ulu Kinta, Ipoh, Perak
No Tel / Fax : 013 - 946 3699

SHOWROOM, BRANCH AND SERVICE
ZANA TOKEI JAM SDN BHD
Lot Kedai Jam, Ruang Legar, Greentown Mall,
Jalan Hospital, 30450, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Sabtu, 1 Januari 2011

Bidai 2011 - Pelakon Adamaya Meninggal Dunia | Faizal Yusup |



Slot adamaya kehilangan satu lagi pelakon hebat yang senantiasa mudah didampingi Faizal Yusup atau lebih dikenali sebagai Dani.. Beliau disahkan meninggal dunia pada 01.01.2011 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) jam lebih kurang pukul 1.45 ptg. Penerbit filem merasakan kehilangan besar seorang aktor yang serbaboleh.. Al- Fatihah buat beliau.. Amin

berita penuh :
 

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu. Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
Kredit penuh untuk  Mstar Online..






MY VIDEO OF THE YEAR